Salam,
Aku selalu fikir yang dunia ni tak adil. Bukan antara kita dan Tuhan, tapi antara manusia dan manusia.
Kenapa bile perempuan berbicara soal laranya hati, tentu sekali ramai yang memberi kata-kata semangat, tapi tak pula bile lelaki berbicara soal laranya hati.
Mengapa, bile seorang lelaki berbicara hal ini, tentu sekali dia akan dilihat sebagai seorang yang terlalu emosi, kurang macho. Bukan aku tak setuju, tapi aku kurang setuju. Ye, lelaki harus dilihat tabah, teguh dan sentiasa nampak seperti tiada masalah, siapa nak berkawan dgn orang yang penuh dengan masalah.
Tapi lelaki itu juga makhluk Tuhan, dan layak rasa sedih, gembira dan lemah kadang-kadang. Tapi bersedih biarlah jujur, ikhlas dan atas sebab yang betul. Kalau setakat putus cinta dengan girlfriend, tak perlu lama sangat.
Sama macam kes aku. Kalau aku masih gilekan dia, mungkin aku akan sedih sampai sekarang. Bukan aku tak sedih hilang orang yg aku syg, sape yang kenal aku tau kalau aku suka org tu, aku betul-betul suka. Bukan takde orang lain, ade jer ramai perempuan kat luar sana, satu hari mungkin ada mungkin takde.
Mungkin korang dah penat melayan cerita ni, aku tak tau, tapi aku dah penat tulis ceritanya. Mungkin inilah cerita terakhir dia.
Sape yang takde kisah sedih untuk diceritakan? Semua pernah jatuh dan putus cinta. Tapi cerita yang lebih best, bile kita temui org yang kita abiskan waktu hidup kita yang singkat kat dunia ni, dan kita boleh cerita dengan dia dan gelak sama-sama betapa bodohnye kita dulu dengan orang yang kita ingat jodoh dunia akhirat.
Dan itulah yang aku fikir. Aku serahkan semua kepada Tuhan. Seseorang pernah cakap jangan putus asa, aku bukan putus asa, tapi kalau setiap kali jumpa seseorang yang aku ingat jodoh aku, dan masih jadi macam ni sama ada putus atau tak pernah bermula, aku rasa, aku akur dengan pilihan Tuhan, biarlah aku pasrah kalau aku bukan redha.
Mungkin satu hari dia akan nampak yang aku ni lah lelaki yang gilekan dia dulu, yang sanggup tunggu dia kat ofis malam-malam sampai dia habis kerja, yang tlg siapkan kerja dia masa dia accident dulu, yang stay kat hospital sampai lewat malam masa adik dia admitted dulu, yang dengar bebelan dan masalah-masalah dia, yang percayakan dia walau berkali-kali dia mungkir janji, yang sentiasa cuba buat dia gembira walau aku sendiri sakit fizikal dan emosi, yang lap air mata dia bile dia menangis kali pertama depan mata, yang tahu penyakit dia, tapi masih tak kisah, yang tahu kenapa dia perangai degil macam sekarang, yang tahu betapa rapuhnye hati dia walau nampak tabah, yang tahu dia tak suka coklat, yang tak boleh berdiri lama-lama sebab nanti kaki dia kebas, yang tahu dia sayangkan famili lebih dari segalanya, yang tahu 3 ex-boyfriend gile dia, yang sedar dia takkan mungkin terbuka hati dia untuk aku. Oh betapa banyak cerita tentangnya yang aku boleh ceritakan..
Akulah lelaki yang tak pernah fikir pasal diri sendiri tapi dia lah segalanya.
Mungkin bile dia dah terbuka hati, aku dah temui yang lain, mungkin aku dah tiada perasaan dan mungkin juga aku perkara tu takkan berlaku. Tapi aku takkan lupa.
Aku harap ni kali terakhir aku bercerita tentang si dia. Kalau Tuhan dengar doa hambanya ini, aku harap Tuhan tolong tunjukkan aku sesuatu, tutup terus perasaan ini, atau bukalah hatinya.
Selamat malam semua.
No comments:
Post a Comment