February 15, 2010

fuh!

fuh~! tu je yang boleh aku lafazkan bile balik dari Kuantan petang tadi...cuti kat Kuantan weekend ni memang tak menghampakan lansung!!

plan utama ke Kuantan adalah untuk merasa pelbagai makanan yang ayah aku dengar dan jumpa kat internet..

kalau korang dari Kuantan atau ada niat nak ke Kuantan, korang boleh la merasa pelbagai jenis makanan yang bukan jer sedap tapi MURAH gile!

ok..malam first aku satu keluarga ke Restoran Ikan Bakar Petai Ana kat Tanjung Lumpur.. tak jauh dengan bandar, dalam 5 ke 10 minit je kalau naik kereta, tempat ni kalau nak makan kena keluar awal, kalau tak memang takde tempat duduk..popular sangat ke?MEMANG! seawal 7.30 malam, kedai ni dah penuh..specialty? tengok nama la..ikan bakar petai..aku tak minat petai..tapi ikan bakar dia memang BEST! bukan tu je ada..almost every seafood ada dalam menu makanan..boleh pilih goreng tepung or bakar jer..harga makanan ikut berat..walaupun agak mahal..tp memang sedap la..ingat, kalau nak merasa kena datang awal
view kedai Restoran Ikan Bakar Petai Ana yang betul-betul tepi laut

ni seawal 7.30pm, bayangkan kalau dah pukul 8pm nnt

the next day, kita orang tak terfikir nak lunch mane..first choice nak makan kat pantai..on the way nak check Pantai Sepat terpandang satu kedai makan kat Kampung Peramu, nama kedai tu Pak Su dan Mak Su, sebelah balai polis Kg.Peramu...kedai ni SANGAT SANGAT popular..baru pukul 12 tgh hari orang dah berkerumun kedai makan ni..specialty dia? Satar dengan otak-otak yang sangat sedap..selalu satar kat KL isi tepung je banyak, tapi yang ini memang isi ikan 99%..otak-otak dia THE BEST yet.. and plus, kedai ni SANGAT MURAH! udang 5 ekor, 1 cucuk RM 2 jer! udang tu plak medium size la senang citer..satar tu 3 seringgit, kalau kat KL 3, 2 ringgit..kedai ni pun ada jual benda lain, ada nasi dagang, nasi berlauk, laksam, and plus ada air kelapa! memang sangat puas..tp kalau nak merasa aku cadangkan after 2pm la..sebab 12 ke 2pm memang ramai giler orang..
ni tunggu makanan siap goreng la nie..

sorry, before punye gambar takde, sebab dah lapar sangat..hahaha

ah, petang tu plak kita orang pekena cendol Air Putih, one word, HEAVEN! terbaik yang pernah aku rasa... bukan je manis, tapi lemak.. dia..pergh! cakap kat sini terasa meleleh air liur..dah la time tu panas terik..pekena cendol memang sedap punye

hah..last sekali makanan yang nak cerita kat sini, sape pernah dengar murtabak Mengkasar?aku rasa kalau sape duk Kuantan mesti pernah dengar punyer..kalau korang ke Kuantan murtabak ni wajib rasa..yang standard harga RM5! hahaha..mahal tapi berbaloi..dia punya daging dalam murtabak tu besar-besar! tepung dia bukan je lembut tapi crunchy.. tak terucap la dengan kata-kata..macam cendol tadi, one word, HEAVEN

so tu dia..review makanan dari Kuantan...aku makin jatuh cinta dengan Kuantan..next time pegi sana, benda ni la yang harus di rasa..until next time...arrivederci!

1 comment:

mohad said...

entri yang menarik...