March 30, 2010

celoteh malam selasa

ola!

lama rasanya tak menceloteh kat sini..yela, busy..mane ada masa (takde masa?! dah la tak kerja..duk melepak 24 jam!) mesti ayat ni yang korang terfikir kan?hehehe

so, seperti yang diketahui umum, aku memang tak bekerja lagi..kenapa? ada beberapa sebab..antaranya pasaran kerja untuk jawatan geologist adalah kecil berbanding kat luar Malaysia, syarikat yang perlu jawatan ni, yang popular mestila syarikat minyak..sebab yang kedua, adalah aku tak berminat nak kerja dalam bidang oil and gas ni..

kenapa tak minat?entahlah..dari dulu lagi aku tak rasa aku akan kerja sana, cari minyak, buat untung..walaupun gaji tinggi, tapi kerja macam tak memuaskan..aku lagi minat kerja luar dari bidang tu..aku pernah cerita ke aku nak jadi lecturer (WHAT?!) mesti ramai yang tak setuju..hahaha..aku pun tak setuju kalau aku jadi korang..

entah kenapa dari dulu lagi, aku terasa nak jadi cikgu, bukan senang nak jadi tenaga pengajar yang dapat buli orang lain secara sah dalam undang-undang..hahahaha, mungkin jugak belajar benda baru, since aku minat sejarah..maybe belajar nak jadi archeologist..sape tau kan?

tapi ni bukan bermaksud aku nak sambung belajar, hutang Petronas pun tak bayar lagi, nak menambah-nambah pulak hutang lain..hehehe

biarlah aku dapat kerja yang walaupun gaji sikit, tapi gembira buat kerja tu..in the end, isn't that what matters? being happy? cari kerja untuk pengalaman..dan tengok ke arah mana kerjaya tu bawak kita..

aku ucapkan tahniah pada yang dah berkerjaya seawal mungkin, cuma aku harap tu la kerjaya pilihan anda..dan kepada yang terus mencari, teruskan usaha, rezeki ada di mana-mana, yang penting kita kena cari..

adios, and nanti aku cite pasal benda lain plak..

1 comment:

affanazami said...

xdpt petronas? hurm.. explore other options