November 19, 2008

fikirkan lagu mentera beradu

post kali ni aku nak cerita pasal lagu yang sering kita dengar di corong radio sekarang

mentera beradu dari m.nasir dan too phat..boleh la dengar lagu ni kat mana-mana..aku tak letak link download,sebab malas

aku nak ceritakan sedikit la dari pandangan aku tentang maksud tersirat dalam lirik yang disediakan di bawah nie..

pandangan aku saja..jangan ingat ni betul-betul maksud lirik tu


Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu


sebenarnya ada banyak maksud tersembunyi dalam lagu nie..the first half is pretty simple untuk paham..tak tersirat sangat..

mula-mula tgk chorus dia..

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu


bagi aku la..apa yang tersirat disini adalah macam mana musuh itu ibarat awan mendung dan membawa sengsara dan masalah kepada manusia yang tidak berdosa

bagi perenggan yang ni pula

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan


aku rasa perenggan ni menceritakan tentang bagaimana KL ni sebuah kota yang besar,banyak godaan dan banyak juga masalah..ia juga menceritakan tentang gengster-gengster yang menggunakan dan merosakkan kota KL

perenggan yang di bawah ni

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

perenggan ni pula bagi aku menceritakan tentang keangkuhan seseorang yang memasuki negara orang dengan harapan untuk menakluki negara itu,tetapi sebaliknya balik dengan keadaan malu kerana kalah..kucing bawa tidur dan rimau bawa igau tu pula menceritakan tentang bagaimana kita menjaga dan mendodoi seseorang yang kita sayang,dan seseorang yang kita benci plak menjadi beban dalam hidup kita

perenggan ni pula

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

menceritakan tentang politik sikit,bagi aku macam 3 parti politik yang paling berpengaruh yang melambangkan 3 kaum utama malaysia dan bagaimana mereka menyediakan negara untuk merdeka..tetapi bagaimana negeri malaysia ni dibiarkan terbuka luas,sampai anasir luar dapat masuk dan menganggu ketenteraman negara ni


perenggan baki lebih kepada politik,so malas nak eloborate lebih di sini..

apa yang aku paham dari lagu ni, dia merangkumi semua aspek kehidupan di malaysia ni..dari kehidupan kota,dari masa lampau ke gelora politik sekarang..

okla..tu je untuk post nie..

2 comments:

affanazami said...

wow.. tats critical. syabas

Haniff said...

hahaha...thank u!