July 22, 2008

kereta elektrik nasional?

ni benda baru aku baca dari utusan malaysia

semalam PM kita mencuba kereta elektrik dari Lotus..semua kenal Lotus kan?di katakan kereta elektrik ni mampu bergerak 320km dan bertahan untuk 36 jam dgn hanya 6 jam cas..

hebat tak hebat..tapi yang penting kat sini bkn berapa lama dia bertahan tapi syarikat kereta Lotus,sebuah syarikat kereta sport yang mula terlibat dalam pembuatan kereta elektrik

PM juga beri arahan kepada Proton untuk menghasilkan kereta elektrik untuk menangani masalah harga minyak skrang....di katakan Proton akan terlibat dgn syarikat kereta lain dan mungkin dalam masa setahun kereta elektrik nasional pertama akan di hasilkan..

penghasilan kereta elektrik ni bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di serata dunia dgn keadaan harga minyak sekarang..

jadi kepada sesiapa yg terasa nk berjimat tu bleh la beli kereta elektrik nie..tp rasanya harga permulaan mesti mahal..yela benda baru..

2 comments:

Breathing.In.Luxembourg said...

scaryman...i bayangkan kena electric shock naik that car..oo oooo

-_- said...

kereta elektrik dah lama ada, tapi di"mati"kan oleh sesetengah pihak di amerika syarikat.

sebab kos penjagaan motor elektrik lebih murah daripada enjin biasa jadi syarikat-syarikat kapitalis yang lain rasa perniagaan diorang akan terancam.

especially syarikat-syarikat menjual minyak.

aku ada post dokumentari pasal ni kat blog aku, 11 bahagian kesemuanya. do check them out.

aku harap2 kereta elektrik akan menjadi kenyataan di malaysia sebab aku kurang yakin dengan kereta hybrid yang menggunakan kelapa sawit (atau yg sewaktunya) sebagai tenaga ganti petrol sebab nanti krisis makanan akan bertambah teruk.

mesti tak best bila manusia dan kereta nak berebut makanan dah pada masa akan datang.