October 9, 2009

quickie post


semalam aku ada peluang nak tengok cerita terbaru arahan Afdlin Shauki, PAPADOM..yang turut dibintangi oleh beliau dan Liyana Jasmay sebagai anak beliau dalam filem ni...turut dibintangi Scha Al-Yahya, Vanidah Imran, Farid Kamil, Que Haidar dan Noorkhiriah

PAPADOM mengisahkan tentang seorang ayah yang begitu sayang anaknya setelah kematian isterinya akibat kemalangan jalan raya...atas rasa bersalah dia telah membesarkan anak perempuannya seorang diri, tapi tak sedar yang dia terlalu mengongkong anaknya..

anaknya, Miasara pula terdesak untuk keluar dari kongkongan ayah beliau..lalu memasuki universiti di KL, tapi tanpa disedari, ayahnya turut mengekori dengan menyamar menjadi tukang kebun di universiti terbabit..dan bermulalah segalanya disini..

aku bagi cerita ni 4.5/5 bintang..sebab memang best..layak lah menang Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Cerita Asal Terbaik masa Festival Filem Malaysia dulu..

siapa yang ada peluang..pegi la tengok..memang tak rugi~

satu lagi cerita, aku nak tengok cerita kat bawah nie..kat US dah keluar..Malaysia bile lagi?

FAME..a story based on 1980s film, where a group of young talented students enrolled in New York High School of Arts and Performance, where they find the meaning of friendship, love, heartbreak, talent and passion..

enjoy the trailer below..


No comments: