entry in didahulukan dengan PERINGATAN atau WARNING dari aku sebagai sole author blog ni yang ingin mengatakan bahawa post kali ini sekadar padangan peribadi aku dan kalau ada yang tak suka..boleh tinggalkan komen atau BERAMBUS dari membacanya...kalau ada yang suka plak..aku galakkan komen..hehehehe
dan juga..post kali ni SANGAT panjang..so baca pelan-pelan yer
aku tak sure berapa orang yang tau pasal benda ni..tapi pada 30 dan 31 Ogos lepas beberapa website Malaysia(lebih kurang 120 website) di
hacked oleh satu kumpulan hackers dari Indonesia...
dan kalau korang google pun takkan dapat trace website yang di hacked tu, sebab dah kembali pulih..
tapi tu bukan reason aku tulis, tujuan aku tulis ni adalah untuk menyatakan satu persoalan..KENAPA? kenapa tiba-tiba nak serang website-website tu? kalau takde angin, takkan pokok bergoyang kan? sebenarnya beberapa tahun lepas dah ade kes yang sama..tapi tak sebanyak macam nie..
ada beberapa sebab yang boleh kita ambik dan fikirkan kenapa mereka secara berani menyerang website-website ni...salah satunye adalah kerana lagu kebangsaan kita Negaraku yang dikatakan dan di dakwa di ambil dari lagu Terang Bulan dari Indonesia...memang tak dinafikan melodi kedua-dua lagu ni sama, tapi lirik berbeza..Terang Bulan hanya melodi yang diambil dari lagu yang popular di Perancis pada kurun ke-19..
jadi kita tengok pada sejarah yang tercatat...lagu asal di cipta pada kurun ke-19di Perancis, dan kerana begitu popular, ianya sampai ke Kepulauan Melayu kita,..pada
1901, apabila Sultan Perak sebagai wakil Raja-Raja Melayu dipanggil ke England untuk petabalan King Edward VII, lagu kebangsaan negeri perlu dimainkan..tapi memandangkan negeri Perak tiada lagu kebangsaan ketika itu, setiausaha Sultan pada ketika itu memilih untuk memainkan lagu dari melodi tersebut..jadi lagu tersebut pertama kali dimainkan di England pada tahun tersebut, dan secara lansung menjadi lagu kebangsaan negeri Perak yang dinamakan Allah Lanjutkan Usia Sultan dan seterusnya dipilih menjadi lagu kebangsaan Malaysia, lagu Negaraku..sumber
dari sini dan
dari sinipada tahun
1920(hampir 20 tahun lagu tu pertama kali di mainkan di England) bangsawan Indonesia memainkan lagu yang sama di Singapura..menjadi begitu popular, seterusnya dinamakan Terang Bulan..jadi tak pelik la bile Indonesia cakap Terang Bulan lagu dia orang..
apa masalahnye di sini? satu, kenapa lagu Negaraku dan lagu negeri Perak dan lagu Terang Bulan di ambil dan diadaptasi dari lagu dari Perancis tu? takde komposer lagu yang berbakat ke masa tu? kedua, kenapa Indonesia benci sangat dengan lagu Negaraku kita?walaupun sejarah menunjukkan kita yang mainkan lagu tu dulu, memang kita yang curi dulu, tapi dari original composer la..hehehe
lagu negeri Perak tu adalah satu kesilapan dan juga sikap bangga dan tak mau kalah setiausaha Sultan ketika melawat petabalan Raja Edward VII, yang mahukan lagu kebangsaan negeri Perak dimainkan di England..jadi dia pun mainkan lagu dari Perancis tu..and the rest is history..sumber
dari sini..
baca betul-betul sumber tu, ade satu perenggan yang jelas menyatakan setiausaha Sultan yang tak mahu mengaku kalah...jadi kedua-dua negara pun salah dari segi sejarah, kedua-dua rakyat dari dua-dua negara yang cetek pemikiran dan hanya melihat pada satu sudut memang tak layak nak memberi pendapat..Terang Bulan atau Negaraku, kedua-dua lagu ni diambil dari lagu yang sama..so dua-dua pun pencuri..hehehe..(abis kena saman aku ni)..tapi kalau dah semua kata macam tu, maybe Taj Mahal tu pun cetak rompak dari England engineering maybe?hehehe
baca petikan
di sini dan
di sini yang menyatakan lagu Terang Bulan pun diambil dari komposer Perancis ni..
masalah yang terbaru dari segi iklan di Astro siaran Pendidikan yang ada Discovery Channel dengan National Geographic tu..sekarang ni ada satu program namanya Enigmatic Malaysia, yang menjadi masalah(pada Indonesia) bila ada satu tarian yang dinamakan tarian Pendet
tarian Pendet yang berasal dari Bali, telah diletakkan dalam iklan program tersebut, dan menyebabkan kegeraman pada penduduk Indonesia..kenapa?obviously la akan marah..ko bayangkan kalo tradisi negara sendiri digunakan untuk iklan negara lain...
tapi penjelasan telah dibuat dan boleh dibaca
di sini dan
di sini...jelas kat artikel tu Malaysia tak harus di persalahkan..tapi kalau dah buat silap..bermaafan kan lagi elok?tak perlu la benci-benci, serang website la..
banyak lagi sebenarnya rasa tak puas hati di kalangan kita..contohnya, Indonesian claim lagu diaorang lagi bagus sampai kita sume pun dengar..jawapan aku, lagu tu universal la..kalau sedap dengar la..kalau tak sedap takyah dengar..aku dengar lagu dari
US, UK, EUROPE, ARAB, JAPAN, KOREA, INDIA, SOUTH AMERICA..TAKDE MASALAH PUN!!yang Malaysian plak cakap Indonesian tak dapat hidup kalau kita tak upah orang gaji dari negara dia orang..masalahnya..kita pun tak dapat hidup, dah kalo dari pagi mengejar kekayaan dunia, anak tinggal dengan bibik je..takde bibik..anak campak kat nurseri..haish~
lastly, kita Malaysian ni ada masalah dalaman sendiri, tak perlu la nak fikirkan pasal masalah luar atau burukkan lagi keadaan, betul tak?...pandangan antarabangsa kat negara kita bukan seelok dulu..
aku tau kalau negara lain yang buat macam tu kita pun akan marah gak, tapi sampai tahap hacking ni memang tak bleh tahan..kita manusia, serumpun bangsa pun kita sebenarnya..yang penting agama yang sama..
so fikir-fikirkan..aku sertakan lagu
Mamula Moon yang dikatakan datang dan di ciplak dari lagu Perancis tersebut untuk tontonan umum..nak cari lagu asal memang susah skit
p/s: maybe we could have a competition untuk cari lagu kebangsaan baru..just a thought