May 24, 2009

aku kenali jodoh, syurga, cinta dan donut?

harini SANGAT SANGAT best!! aku A.K.A photographer of the day affan A.K.A bitch for today and fina A.K.A model of the day bertemu di Times Square for the long awaited date with Krispy Kreme..YEAH!!

the day start macam biasa la..aku sampai EXACTLY on time..dia orang dua plak awal sangat..tak faham plak kenapa..selalu dua-dua pun lambat..hahahaha..sampai-sampai je kita orang terfikir nak buat ape la arini..so we decide nak tengok movie, i want to see Angel and Demon, tapi affan and fina kata takut tak best, so nak tengok Star Trek..tapi aku dah tengok Star Trek..TWICE! so kita orang decide satu filem yang memang aku tak sangka plak akan tengok..SYURGA CINTA..yes..tak sangka kan?!

HOWEVER...

aku bagi movie ni a 4/5 stars!! yes..kenapa?well..let starts with a lil sypnopsis..Syurga Cinta menceritakan tentang seorang lelaki ni namanya Irham..dia ni kalau pasal agama Islam ni memang FAIL..bukan fail dah..aku rasa dah tahap macam lantai pun ada..lepas tu ade seorang wanita ni namanya Syuhadah yang sangat la lemah lembut, alim, sopan santun..memang ikut ajaran Islam sehabis baik...bila Irham ni berkawan dengan Syuhadah ni..macam-macam berlaku..sikit demi sikit Irham jatuh cinta dengan Syuhadah..tapi betul ke semuanya all well and ends well?hehehe..kena la tengok cerita nie..

review filem nie?aku suka..walaupun agak stereotype..tapi cerita ni tak kering gusi bile lawak dia tu..and pengajaran yang ingin diterapkan pun sampai gak...walaupun ada lawak dalam pengajaran..tapi tu salah satu dari cara orang tak lupa..dengan letak unsur-unsur komedi skit..pelakon dia semua sangat bagus, terutama adik angkat Irham ni..kena la tengok kalo tak percaya..Heliza dengan lakonan lemah lembut tu sangat menjadi la..Awal tu time nangis tu tak tahan..insaf sikit pun ada gak..hehe

yang bestnye..filem ni..buat aku sentiasa teringat-teringat..and walaupun dah abis movie tu..kita orang still bercerita tentang movie tu..that just show how the story line memang bagus..or maybe lawak-lawaknye yang tak bleh blah..tapi movie ni memang bagus, im surprise actually..i have my doubt mula-mula..

in the end, movie ni sesuai la untuk semua lapisan, SANGAT SESUAI untuk couple-couple yang tak sedar-sedar lagi..or couple-couple yang dah menyimpang jauh..hehehe..pengajaran yang nak diterapkan pun memang dapat masuk akal fikiran dan hati kita..so pegi la tengok kalo korang ada masa ye?

review filem ni leh gak di baca dia blog Fina and Affan nanti..

ape lagi kita orang buat selain tu?kita orang cam whoring dengan BANYAK skali...sebab aku dah janji nak belanja makan donut tu..so after aku beli Krispy Kreme, kita orang teruskan kerja menangkap gambar dengan banyaknyer...

oh..biar aku cite skit pasal Krispy Kreme nie..SANGAT MANIS..mengalahkan J.Co pun ade gak..aku rasa dia sedikit overrated la..sebab tak la best sangat..i have actually taste better donut from some other place, tapi the original Glossy memang SANGAT LAZAT..kena rasa..

here are some pictures hari ini..dengan aku yang menjadi photographer hebat, affan..being bitchy as always..dah fina menjadi model untuk hari ini..more pictures akan di upload di blog and facebook affan and fina ok?

nampak kurus..TERIMA KASIH TUMMY TRIM! hahaha..takde..ni namanya angle menangkap gambar oleh cik Fina kita..

overrated much?

bibir mu memang seksi fina..MEMANG!

LIKE this one

aku dah macam adlin aman ramli la plak..hahahaha

LOVE this one~!

so i leave here with a memorable quote from Syurga Cinta..

"jodoh itu terbahagi kepada 3, jodoh kerana syaitan, jodoh kerana jin dan jodoh kerana Allah"

apa maksudnya?kena tengok Syurga Cinta..hehehe..toodles~!

1 comment:

affanazami said...

lajunye dah taip entri! aku taksempat lagi nak menulis. kikikikiki